Khamis, 18 April 2013

iNdAhNya PeRsAhAbATaN


Mencari teman untuk dijadikan sahabat mudah, tetapi mempertahankannya tidak mudah. Dalam melayari kehidupan, jika dihitung terlalu ramai yang bergelar sahabat yang keluar masuk dalam kehidupan kita. Ada yang melintas dalam segmen singkat, namun ia cukup membekas dihati. Tidak terkecuali, kita juga sering kehilangan sahabat yang pernah mewarnai kehidupan kita.

A friend in need is a friend indeed. Begitulah sahabat yang baik…harus sedia untuk memaafkan. Saling memaafkan adalah perkara peting dalam persahabatan namun, sering kita lupa. Jangan enggan memaafkan sahabat yang telah mengakui kesalahan dan telah memeinta maaf. Ambillah waktu sejenak untuk mengenang dia yang pernah hadir dalam hidup kita. Kenangkan seluruh kebaikannya serta kebaikan yang tersembunyi disebalik perasaan kecewa itu. Bahkan tak ada salahnya jika u all mengenang seketika sahabat yang mungkin kini u all telah anggap sebagai musuh atau pengkhianat.

Ketika seorang sahabat telah melukai, cara terbaik yang harus dilakukan adalah menulisnya diatas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapuskan tulisan tersebut. Manakala apabila sesuatu yang indah atau pun sweet terjadi dalam persahabatan, kita harus memahatnya diatas batu hati kita supaya tak kan pernah hilang dan terpadam semua memori itu sekalipun ditiup angin kencang. Untuk itu, belajrlah untuk menulis diatas pasir k!!!

Rabu, 6 Jun 2012

~ fikah n fifah ~





Hye,,
saye pasty sume orang de bez frenz kan?? So,kt cney sy juz nk cter sal sy n sy puny bez frenz..
ha,ramay yg tertukar name kami coz name sy n dy nk same laa..see
à fikah n fifah.. kan??
oke next,sy nk cter ckit sal dy ney..dy ney asal same gak cm sy dr kuantan n skunk dy roomate sy..kami mmg banyak persamaan smpay kan kami rase sperti pertemuan kami telah dirancang satu persatu..wah sampay cm tu skali kan??hee :P  oke,by de way  klo skunk ney dy mmg tak boleh klo tade sy..(opps
J ) hehe same laa cm sy,,sbenar nye kami ney adalah saling mmerlukan..jika sy mati so mati laa dy..fulamak !!! bf n gf pon tak cm tu :p tade laa tu juz sbgai perumpamaan yg direka khas untk kami berdua..kami same2 mgmbil bidang syariah n klo nk tao mmg besr cita-cita kami J tp bile dah tercapai cita-cita kami bru laa kami beritahu..hehe coz nnty klo x tercapay malu laa mak cik ~_~ sdangkan habis telah di jaja di kampung.. jika di pndang dr luar,,kami mmg anak gadis yg lemah lembut plus bersopan santun coz di sbb kan kami bdk syariah..tp tak laa cm tu sebenarnya..kami  nk kate kami sempoi tp tkot kami setaraf ngan someone ney J yg dgr kate sempoi laa SANGAT !!! tp kami mmg tak suke amik kesah sal org laen n kami juz uruskan hal kami saje..klo sy agk tersasar ckit dy akn cakap.. “amboi,gedik tehh” ha tu laa ayt dy tp klo dy plak yg terlajak sy akan ckap “fifah tak mo cm tu,mak tak ajar” ..hee tu laa kami tp kt cney tak bermakna kami tak bersosial n peka ngan keadaan sekeliling yer..kami mmg perhati kan skeliling kami BUT kami akn jd kan yg baik itu pengajaran n yg buruk itu kami akn jd kan umpatan :P alamak terkantoi sudaa  >_<  oke,,kami tak kate kami ney baek tp sy rase kami ney mmg baek dry g terbaek J (perasan jap) sbenar nya kami berdua adalh budak yg nakal tp tak sume org tao..klo nk tao meh join kami J tp sy rase mmg kami tak nakal sangat laa kan..  klo tak tade laa plak kami ambik syriah ney n may be da kat henry gurney J sy n dy mmg tade kerja laen klo time free..bercerita jer dr pagi smpay pg besok pon tak kesah  ha punye laa syok citer kami sbb klo fifah kluarkan isi n fikah yg akan menghuraikan isi yg di keluarkan tadi tu..dan begitu lah sebaliknya…one more,, fifah klo dy tak suke someone tu..dy hanya mmberi isyarat menggnakan mata nye sahaja di mana dia akan mmusing kan ank mata nya sehingga 360 darjah celcius..series tak tipu J so,jgn nak maen2..sape yg dapat jelingannya maka sesungguhnya akn menusuk sehingga ke lantai kalbu :P oke lastly,mlz nk cter pnjang2 coz klo nk di ikut kan seminggu pon tak abiz cter kami >_<..stop cney dulu yer !!!  time kasehJ

RaHsIa mEmUdAhKaN ReZeKi


·         Istighfar paling kurang sebanyak 100 kali dan jika banyak masalah bacalah sebanyak 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa.InsyaAllah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu.Istighfar membuka segala simpulan.Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita kunci masalah adalah di dalam hidup kita .Kita lah punca nya,Tuhan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri.Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia.Bila ada Dia didalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa.Hanya Dia yang mengaturkan masalah.Serahkan semua nya kepada Allah dan lakukannya dengan istiqamah.

·         Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk di permudahkan.Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari dengan niat yang khusus tetapi jangan lupa kepada solat fardhu.

·         Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah.Buat setiap malam kemudian buat solat tahajjud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

·         Buat solat berterusan dan jangan putus.Solat dhuha memang sangat hebat peranannya,rezeki melimpah ruah.Keberkatan datang tetapi jangan buat hanya untuk mendapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah.Kunci dunia ini adalah kasih sayang Allah.Maka Allah akan beri apa sahaja yang dia mahu.

·         Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita.Buat lah apa sahaja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita.Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka.

Sabtu, 26 Mei 2012

mUtIaRa hIkMaH




“Jangan lah kamu bersikap lemah, dan jangan lah kamu pula bersedih hati (surah ali imran :139).Mengapa? kerana kamu lebih tinggi dalam hal akidah dan pemahaman hukum-hukum agama,kamu lebih tinggi dalam hal pemahaman manhaj dan riwayat hidup,kamu lebih tinggi dalam askripsi dan dasar dan kamu lebih tinggi dalam hal adab dan perilaku”

“sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas ampunannya,(surah an-najm :32).Dia mengampuni orang yang bebuat dosa,menerima taubat,megampuni kesalahan,menghapuskan kesalahan kecil,menutupi kesalahan,dan member taubat kepada orang yang bertaubat”

“dan jangan lah kamu berputus asa dengan rahmat Allah(surah yusof:87) mengapa?? Kerana pertolongannya sangat dekat,kebaikkannya akan diturunkan di dunia,kemudahan yang diberikan nya mudah sekali didapati,kemuliaannya sangat luas dan anugerahnya menyeluruh kepada sesiapa sahaja”
“cukup lah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung ( Ali Imran:173).Allah akan melepaskan semua kesusahan yang ada,menghilangkan semua bencana,mengampuni dosa,memperbaiki hati kita dan menghilang kan semua aib yang ada pada diri kita”

Allah akan menolong orang yang menolongnya,akan mengangkat kedudukan nya,akan meninggi kan darjatnya,akan mengarahkan urusannya,akan menghinakan musuh-musuhnya,akan mendiamkan lawannya,dan akan merendahkan orang yang bermaksud jahat kepada nya”

“berapa banyak kamu meminta tapi Dia selalu memberi,berapa banyak kamu memohon dan Dia pun memberi secara percuma,berapa banyak kamu telah membuat salah dan Dia yang ,luruskannya,berapa banyak kamu mengalami kesusahan dan Dia yang kemudian memudahkannya dan berapa banyak kamu berdoa lalu Allah mengabulkannya.

“sembunyikan kemarahan anda,jangan mengungkit-ngungkit kesalahan yang kecil,tutuplah mata terhadap kenakalan orang lain,maafkan lah kesalahan yang dilaku kan keatas diri anda dan kuburkan lah semua cela itu ,nescaya anda akan menjadi orang yang di cintai”
“perkataan yang benar itu adalah kejujuran.mengapa??sebab perkataan yang benar membuka kan jiwa,membahagiakan hati,menyembuhkan luka,menghilangkan kedengkian dan mencanangkan kedamaian”

“dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan tetapi kemudahan,dibimbing kearah kesusahan,tidak membebani,dan tidak pernah menyebabkan rasa letih fizikal dan jiwa”

“jauhilah sikap yang tidak menerima sebab sikap ini merupakan pintu kesedihan,keresahan,kebimbangan,hati yang tidak pernah puas,jiwa yang tidak berkenan,keadaan yang tidak menyenangkan dan membuang-buang usia”

“jadilah didunia ini seperti orang asing yang hanya memerlukan sepotong roti,seteguk air,sehelai kain,beberapa hari,malam-malam yang boleh dihitung dan kemudian dunia ini berakhir. Ketika sudah didalam kubur,tidak ada bezanya diantara yang paling kaya dan yang paling miskin”

“hidup ini sangat singkat, maka jangan anda memendekkan nya dengan banyak merasa takut.Mencari kawan itu susah maka jangan membuatnya menyesal dengan menghinanya.Sedangkan musuh itu banyak sekali dan janganlah kamu menambah jumlah mereka dengan akhlak yang buruk”

“jadilah seperti semut dalam ketekunan .Dia berusaha merambat naik ke batang pohon hingga ratusan kali dan jatuh sebanyak jumlah yang sama.Tetapi dia terus berusaha naik semula hingga akhirnya samoai pada matlamat yang diinginkan.Justeru jangan cepat menyerah dan jangan pula bosan”

“jadilah seperti lebah,menyantap makanan yang baik dan mengeluarkan sesuatu yang baik pula.Dan jika dia hinggap diatas dahan dia tidak merosakkan nya,atau diatas bunga dia tidak mengoyak-ngoyakkan nya”

“malaiakat tidak akan masuk rumah yang didalamnya ada anjing. Bagaimana ketenangan akan boleh masuk ke dalam hati yang didalamnya ada anjing-anjing shahwat dan syubhat?”

“keringat orang yang bekerja lebih baik daripada minyak kasturi yang menebar dari hanya orang yang duduk-duduk tanpa kerja.Suara termengah-mengah orang yang bekerja lebih merdu daripada nyanyian orang –orang yang malas.Dan roti kering yang dimakan oleh orang-orang yang lapar adalah lebih lazat daripada daging kibas yang di santap oleh orang-orang yang berfoya-foya”

“celaan iri yang ditujukan kepada orang-orang Berjaya adalah letupan senjata kemenangan,pengumuman tentang kejayaan, dan iklan percuma tentang keunggulan”

“jangan merasa ngeri dengan kesusahan-kesusahan kerana singa berani menghadapi satu kawanan unta tanpa ada perasaan takut sedikit pun.Jangan mengeluh kerana beban berat yang terpaksa anda tanggung sebab keldai yang membawa beban sangat berat tidak pernah mengeluh.Jangan pening dengan tuntutan yang yang perlu anda capai sebab anjing akan selalu mengejar mangsanya walaupun terpaksa masuk kedalam api”

Jumaat, 18 Mei 2012

sEoRaNg ibU MeNgAnDuNg

Ketika berusia 1 tahun, ibu suap kan makanan dan mandikan kita…cara kita ucap terima kasih kepada mereka hanyalah dengan menangis sepanjang malam.Apabila kita berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain…kita mengucapkan terma kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila di panggil.Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang…kita mengucapkan terima kasih dengan menumpah kan makanan ke lantai..Ketika usia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna,kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding..Berusia 5 tahun,ibu membelikan sepasang pakaian baru,kita mengucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak yang kotor..Setelah usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah…kita ucap terima kasih kepada nya dengan menjerit : “tak nak!! Tak nak!!”..Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, cara mengucapkan terima kasih kita ialah dengan pecah kan tingkap jiran…Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim,kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu…Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepada nya dengan memonteng kelas..Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk meneman kita kemana sahaja…kita ucap terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengan nya…Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah…kita mengucapkan terima kasih dengan menonton televisyen…Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,kita mengucapkan terima kasih kepada nya dengan memberitahu bahawa pakaian yang itu tidak sesuai dengan zaman sekarang…Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama,kita ucapkan terima kasih kepada nya dengan tidak menulis sepucuk surat pun kepada nya…Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman…kita mengucap terima kasih dengan mengunci pintu bilik…Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita di terima masuk ke IPTA, kita ucap kan terima kasih kepada nya dengan bersuka ria dengan kawan-kawan…Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian…menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama..kita hanya mengucapkan selamat jalan kepada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa atau pun tidak,kita kata “itu bukan urusan ibu”…Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberi kan pandangan mengenai kerjaya,kita kata kan “saya tak mahu jadi seperti ibu”..Ketika berusia 22-23 tahun,ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita…di belakang ibu kita katakan kepada kawan-kawan “perabot pilihan ibu aku tidak cantik,tidak berkenan aku”…Menjelang usia 24 tahun,ibu bertemu dengan bakal menantu nya dan beranyakan tentang perancangan masa depan,kita menjeling dan merungut “ibu tooooolonggg lah”…Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita,,,ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepada nya dengan berpindah jauh…Pada usia 30 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat mengenai petua menjaga bayi, kita dengan megah berkata “itu dulu,sekarang zaman moden”… Ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon kita mengingat mengenai kenduri kendara di kampung..kita berkata “kami sibuk,tak ada masa nak datang”…Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita untuk menjaga nya…kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibubapa yang menjadi beban kepada anak-anak…Dan kemudian suatu hari kita mendapat berita ibu meninggal!!!Khabar itu bagai kan petir!! Dalam lelehan air mata, baru lah perbuatan kita terhadap ibu kita menerpa satu persatu…Jika ibu masih ada,sayangi dia..Jika telah tiada, ingati lah kasih dan sayang nya..sayangi lah ibu kita kerana kita hanya mempunyai seorang ibu kandung
Sudah kah kita berterima kasih kepada ibu kita ???sempat kah kita ??..termasuk lah juga dengan bapa kita..

Rabu, 9 Mei 2012

cArA uTk MEnGeNaLi kEsUkAaN sSeOrG !!!


Bismillahirrahmanirrahim…
Kalau kita nak tahu seseorang itu kesukaan nya apa…
tidak perlu berkenalan lama-lama..
sekali pun orang itu kita belum kenal dengannya..
kalau kita berbual-bual dengan nya sejam lama nya,
kita kenal siapa dia..
kalau boleh biar kan dia bercakap dan kita hanya mendengar sahaja..
apa yag dia banyak cakap kan
itu lah diri nya..
berdasar kan panduan rasulullah menyebut
“kalau seseorang itu suka sesuatu banyak menyebut nya”
kalau di masa satu jam itu dia banyak berceritakan tentang makan dan minum..
itu lah dia kesukaan nya.
kalau dia banyak menyebut duit dan kekayaan
itu lah dia jiwa nya..
kalau dia banyak menyebut perempuan,,
itu lah hubinya..
kalau dia menyebut banyak kesusahan,
ertinya dia tidak sanggup menanggung penderitaan..
kalau orang itu suka menyebut dirinya,kelebihannya,kemampuan nya..
orang itu hidup nya suka orang memuji nya..
kalau orang itu suka menyebut kejahatan orang dan keburukan orang
orang tu adalah jahat,itu kaki mengumpat namanya..
kalau orang itu menyebut tuhan selalu
menyebut-nyebut dosa nya,merasa lemah dan bersalah..
selalu di ulang-ulang perkataan itu did alam perbulan nya
menunjuk kan orang itu beragama..
begitu lah seterus nya kalau orang itu berkata,,
di dalam perbualan nya dengan kita
banyak menyebut tentang sesuatu oerakara..
itu lah kesukaannya..
begitu lah kita kalau hendak mengenali seseorang..
sekali pun kita tidak kenal dia ..
kalau kita berjumpa denga dia dengar saja dia berkata-kata..
cukup sejam saja..
kita kenal siapa dia…

Jumaat, 20 April 2012

KaSiHnYa ALLAH !!!

Kasih nya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum di jadikan manusia di bumi. Seperti mana kita yang ingin menerima menantu,kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah ,lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba dihari perkahwinan. Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba demikian lah juga kasih Allah bah kan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita dengan bakal menantu…
Dalam islam, ada juga benda-benda yang diperintahkan yang tidak boleh kita fikir . contoh nya kita di mekah , ada batu yang di minta kita kucup iaitu batu hajarul aswad, ada batu yang di minta kita lontar iaitu ketika kita melontar jamrah.Apa beza batu itu dan batu ini, wallaha’lam . Tapi kita kena buat tanpa persoalan kerana itu perintah Allah.Begitu juga dengan syariat Allah,perlu kta laksana kan tanpa soal kerana itu perintah Allah…
Bila masuk kedalam kubur,kita tidak bawa duit lagi untuk belanja,nasi tidak di bawa untuk dimakan dan air tidak dibawa untuk diminum,Gelaran dato’ atau tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan di bawa . Pada masa itu yang akan dicari ialah nabi Muhammad SAW . jumpakah kita dengan nabi kalau di dunia kita melawan baginda.???
Sebagai manusia ,perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas . Mata kita ada batas untuk melihat lalu kita guna teropong dan cermin mata . Telinga kita ada batas untuk mendengar lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh .Tenaga kita ada batas , kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat.Demikian lah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan kita rasai ,lalu kita gunakan al-quran sebagai alat bantu untuk kita lihat,dengar dan rasa alam akhirat…