Jumaat, 18 Mei 2012

sEoRaNg ibU MeNgAnDuNg

Ketika berusia 1 tahun, ibu suap kan makanan dan mandikan kita…cara kita ucap terima kasih kepada mereka hanyalah dengan menangis sepanjang malam.Apabila kita berusia 2 tahun, ibu mengajar kita bermain…kita mengucapkan terma kasih dengan lari sambil ketawa terkekeh-kekeh apabila di panggil.Menjelang usia kita 3 tahun, ibu menyediakan makanan dengan penuh kasih sayang…kita mengucapkan terima kasih dengan menumpah kan makanan ke lantai..Ketika usia 4 tahun, ibu membelikan sekotak pensil warna,kita ucapkan terima kasih dengan menconteng dinding..Berusia 5 tahun,ibu membelikan sepasang pakaian baru,kita mengucapkan terima kasih dengan bergolek-golek dalam lopak yang kotor..Setelah usia 6 tahun, ibu memimpin tangan kita ke sekolah…kita ucap terima kasih kepada nya dengan menjerit : “tak nak!! Tak nak!!”..Apabila berusia 7 tahun, ibu belikan sebiji bola, cara mengucapkan terima kasih kita ialah dengan pecah kan tingkap jiran…Menjelang usia 8 tahun, ibu belikan ais krim,kita mengucapkan terima kasih dengan mengotorkan pakaian ibu…Ketika usia 9 tahun, ibu menghantar ke sekolah, kita ucapkan terima kasih kepada nya dengan memonteng kelas..Berusia 10 tahun, ibu menghabiskan masa sehari suntuk meneman kita kemana sahaja…kita ucap terima kasih dengan tidak bertegur sapa dengan nya…Apabila berusia 12 tahun, ibu menyuruh membuat kerja sekolah…kita mengucapkan terima kasih dengan menonton televisyen…Menjelang usia 13 tahun, ibu suruh pakai pakaian yang menutup aurat,kita mengucapkan terima kasih kepada nya dengan memberitahu bahawa pakaian yang itu tidak sesuai dengan zaman sekarang…Ketika berusia 14 tahun, ibu terpaksa mengikat perut untuk membayar wang persekolahan dan asrama,kita ucapkan terima kasih kepada nya dengan tidak menulis sepucuk surat pun kepada nya…Berusia 15 tahun, ibu pulang dari kerja dan rindukan pelukan dan ciuman…kita mengucap terima kasih dengan mengunci pintu bilik…Menjelang usia 18 tahun, ibu menangis gembira apabila mendapat tahu kita di terima masuk ke IPTA, kita ucap kan terima kasih kepada nya dengan bersuka ria dengan kawan-kawan…Ketika berusia 19 tahun, ibu bersusah payah membayar yuran pengajian…menghantar ke kampus dan mengheret beg besar ke asrama..kita hanya mengucapkan selamat jalan kepada ibu di luar asrama kerana malu dengan kawan-kawan.Berusia 20 tahun, ibu bertanya sama ada kita ada teman istimewa atau pun tidak,kita kata “itu bukan urusan ibu”…Setelah berusia 21 tahun,ibu cuba memberi kan pandangan mengenai kerjaya,kita kata kan “saya tak mahu jadi seperti ibu”..Ketika berusia 22-23 tahun,ibu membelikan perabot untuk rumah bujang kita…di belakang ibu kita katakan kepada kawan-kawan “perabot pilihan ibu aku tidak cantik,tidak berkenan aku”…Menjelang usia 24 tahun,ibu bertemu dengan bakal menantu nya dan beranyakan tentang perancangan masa depan,kita menjeling dan merungut “ibu tooooolonggg lah”…Ketika berusia 25 tahun, ibu bersusah payah menanggung perbelanjaan majlis perkahwinan kita,,,ibu menangis dan memberitahu bahawa dia sangat sayangkan kita tapi kita ucapkan terima kasih kepada nya dengan berpindah jauh…Pada usia 30 tahun, ibu menelefon dan memberi nasihat mengenai petua menjaga bayi, kita dengan megah berkata “itu dulu,sekarang zaman moden”… Ketika berusia 40 tahun,ibu menelefon kita mengingat mengenai kenduri kendara di kampung..kita berkata “kami sibuk,tak ada masa nak datang”…Apabila berusia 50 tahun, ibu jatuh sakit dan meminta kita untuk menjaga nya…kita bercerita mengenai kesibukan dan kisah-kisah ibubapa yang menjadi beban kepada anak-anak…Dan kemudian suatu hari kita mendapat berita ibu meninggal!!!Khabar itu bagai kan petir!! Dalam lelehan air mata, baru lah perbuatan kita terhadap ibu kita menerpa satu persatu…Jika ibu masih ada,sayangi dia..Jika telah tiada, ingati lah kasih dan sayang nya..sayangi lah ibu kita kerana kita hanya mempunyai seorang ibu kandung
Sudah kah kita berterima kasih kepada ibu kita ???sempat kah kita ??..termasuk lah juga dengan bapa kita..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan