Rabu, 6 Jun 2012

RaHsIa mEmUdAhKaN ReZeKi


·         Istighfar paling kurang sebanyak 100 kali dan jika banyak masalah bacalah sebanyak 1000 kali sehari atau lebih pun tidak mengapa.InsyaAllah akan terbuka jalan penyelesaian kepada masalah itu.Istighfar membuka segala simpulan.Apa sahaja yang berlaku dalam hidup kita kunci masalah adalah di dalam hidup kita .Kita lah punca nya,Tuhan tidak menzalimi kita sebaliknya kita yang menzalimi diri kita sendiri.Istighfar adalah konsep zero minda iaitu kosongkan jiwa hanya ada Dia.Bila ada Dia didalam hidup ini maka semua masalah akan tidak ada apa-apa.Hanya Dia yang mengaturkan masalah.Serahkan semua nya kepada Allah dan lakukannya dengan istiqamah.

·         Jika ada masalah atau mahu mendapat rezeki agar diberi jalan untuk di permudahkan.Buat selawat selama 10 hari sebanyak 1000 kali sehari dengan niat yang khusus tetapi jangan lupa kepada solat fardhu.

·         Buat solat taubat bermula daripada titik untuk berubah.Buat setiap malam kemudian buat solat tahajjud kerana di situ banyak keistimewaan yang dijanjikan.

·         Buat solat berterusan dan jangan putus.Solat dhuha memang sangat hebat peranannya,rezeki melimpah ruah.Keberkatan datang tetapi jangan buat hanya untuk mendapatkan duit tetapi untuk mendapatkan keberkatan dan kasih sayang Allah.Kunci dunia ini adalah kasih sayang Allah.Maka Allah akan beri apa sahaja yang dia mahu.

·         Jaga dan sayangi ibu bapa macam mereka adalah raja di dalam hidup kita walaupun ibu bapa kita tidak menyukai kita.Buat lah apa sahaja yang boleh untuk menyayangi ibu bapa kita.Orang yang berjaya adalah orang yang menyayangi ibu bapa mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan