Jumaat, 20 April 2012

KaSiHnYa ALLAH !!!

Kasih nya Allah SWT kepada kita sehingga disiapkan bumi dengan segala kelengkapannya sebelum di jadikan manusia di bumi. Seperti mana kita yang ingin menerima menantu,kita adakan majlis kenduri dengan segala persiapan seperti khemah ,lauk-pauk sehingga kepada air basuh tangan disediakan untuk rombongan menantu yang tiba dihari perkahwinan. Ini menunjukkan sanjungan kita kepada rombongan menantu yang bakal tiba demikian lah juga kasih Allah bah kan ia jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kasih kita dengan bakal menantu…
Dalam islam, ada juga benda-benda yang diperintahkan yang tidak boleh kita fikir . contoh nya kita di mekah , ada batu yang di minta kita kucup iaitu batu hajarul aswad, ada batu yang di minta kita lontar iaitu ketika kita melontar jamrah.Apa beza batu itu dan batu ini, wallaha’lam . Tapi kita kena buat tanpa persoalan kerana itu perintah Allah.Begitu juga dengan syariat Allah,perlu kta laksana kan tanpa soal kerana itu perintah Allah…
Bila masuk kedalam kubur,kita tidak bawa duit lagi untuk belanja,nasi tidak di bawa untuk dimakan dan air tidak dibawa untuk diminum,Gelaran dato’ atau tok guru atau apa jenis sanjungan tidak akan di bawa . Pada masa itu yang akan dicari ialah nabi Muhammad SAW . jumpakah kita dengan nabi kalau di dunia kita melawan baginda.???
Sebagai manusia ,perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas . Mata kita ada batas untuk melihat lalu kita guna teropong dan cermin mata . Telinga kita ada batas untuk mendengar lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh .Tenaga kita ada batas , kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat.Demikian lah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan kita rasai ,lalu kita gunakan al-quran sebagai alat bantu untuk kita lihat,dengar dan rasa alam akhirat…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan